Syekh Imam Al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Ghani bin Abdul Wahid Al-Maqdisy –semoga Allah SWT meridhainya- berkata:
Segala
puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan
kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari
kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli
maksiat. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan
benar selain Allah tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bisa
membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat. Semoga shalawat dan salam
selalu tercurah kepada Nabi Muhammad SAW pemimpin para nabi dan rasul,
keluarga dan para sahabatnya yang mulia.
Amma ba’du,
ini adalah ringkasan dari sejarah Rasulullah Muhammad SAW yang penting
untuk diketahui oleh setiap muslim. Harapan kami, semoga ia bermanfaat
untuk para pembaca.
Nasab Rasulullah SAW
Beliau
adalah Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin
Hasyim bin Abdimanaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay
bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaima bin
Mudrikah bin Ilyas bin bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Udad
bin al-Muqawwam bin Nahur bin Tayrah bin Ya’rub bin Yasyjub bin Nabit
bin Ismail bin Ibrahim “Kekasih Allah” (alaihima as-salam) bin Tarih
atau Azar bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybir bin Syalikh
bin bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh (alaihis salam) bin Lamk bin
Mutusyalkh bin Akhnukh — yaitu Nabi Idris keturunan Nabi Adam yang
pertama menjadi nabi dan yang menulis dengan pena — bin Yarda bin Mahlil
bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam alaihissalam.
Nasab
ini disebutkan oleh Muhammad bin Ishak bin Yasar al-Madani di salah
satu riwayatnya. Nasab Rasulullah sampai Adnan disepakati oleh para
ulama, sedangkan setelah Adnan terjadi perbedaan pendapat. Yang dimaksud Quraisy adalah putra Fihr bin Malik atau an-Nadhr bin Kinanah.
Ibu Rasulullah saw.
Ibunya adalah Aminah binti Wahb bin Abdimanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib.
Kelahiran Rasulullah saw.
Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun Gajah bulan Rabiul Awal, tanggal dua, hari Senin.
Sebagian
ulama mengatakan bahwa beliau dilahirkan setelah tiga puluh tahun dari
tahun gajah. Sebagian lagi mengatakan setelah empat puluh tahun dari
tahun gajah. Pendapat yang benar adalah pada tahun gajah.
Kematian ayah, ibu, dan kakeknya
Ayahnya
meninggal dunia ketika ia berusia dua puluh delapan bulan. Menurut
sebagian ulama usianya tujuh bulan ketika ayahnya meninggal. Ada lagi
yang berpendapat bahwa ayahnya meninggal di perkampungan an-Nabighah
ketika ia masih janin. Dan dikatakan pula bahwa ayahnya wafat di daerah
Abwa yang terletak antara Makkah dan Madinah.
Abu
Abdillah Zubair bin Bakkar az-Zubairi berkata: Abdullah bin Abdul
Mutthalib wafat di Madinah ketika Muhammad berusia dua bulan.
Sedangkan
ibunya meninggal dunia ketika ia berusia empat tahun. Sementara
kakeknya meninggal dunia ketika usia Muhammad delapan tahun. Dikatakan
pula bahwa ibunya wafat ketika ia berusia enam tahun.
Penyusuan Muhammad
Muhammmad
disusui oleh Tsuwaibah budak Abu Lahab bersama dengan penyusuan Hamzah
bin Abdul Mutthalib dan Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi
dengan air susu anaknya yang bernama Masruh.
Kemudian Muhammad disusui oleh Halimah binti Abi Dzuaib as-Sa’diyah.
Nama-nama Rasulullah SAW
Jubair
bin Mut’im berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Saya adalah Muhammad,
saya adalah Ahmad, saya adalah al-Mahi yang dengan sebabku Allah SWT
menghapus kekufuran, saya adalah al-Hasyir yang mengumpulkan manusia,
saya adalah al-A’qib yang tidak ada nabi lagi setelahku.’” (Hadits sahih
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Abu
Musa Abdullah bin Qais berkata: “Rasulullah SAW memberikan dirinya
beberapa nama di antaranya ada yang kami hafal. Beliau mengatakan: ‘Saya
Muhammad, saya Ahmad, saya al-Muqaffi, saya Nabi taubat dan Nabi
rahmat.’ Dalam riwayat lain: ‘dan Nabi peperangan.’ Hadits sahih
diriwayatkan oleh Muslim.
Jabir
bin abdillah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Saya Ahmad, saya
Muhammad, saya al-Hasyir (yang mengumpulkan), saya al-Mahi (yang dengan
sebabku Allah SWT menghapus kekefuran), dan pada hari kiamat nanti panji
kemuliaan berada di tanganku. Aku pemimpin para rasul dan pemilik
syafaat mereka.”
Allah
SWT memberikan nama kepadanya di dalam Al-Quran dengan nama Basyir
(pembawa kabar baik), Nadzir (pembawa berita buruk), Rauf (lemah
lembut), Rahim (penyayang), dan Rahmatan lilalamin (pembawa rahmat buat
alam semesta).
Kisah perjalan hidup nabi Muhammad SAW
Kisah perjalan hidup nabi Muhammad SAW
Pada waktu umat manusia dalam kegelapan
dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun
Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi
sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin
Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu
baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke
ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud
sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi
oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian
putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu,
Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak
mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu
mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad,
namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama
keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih
sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan
keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul
Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat
menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk
bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak
suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda
ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah,
Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan
rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa
dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka
sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang
yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang
bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda
tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda
pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan
besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa,
pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab.
Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang
berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu
Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya
Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang
lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia
menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti
Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung
ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka
bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat
tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu
Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri
orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui
tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia
tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera
ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah
menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke
pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh
penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang
anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai
pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing
penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian
alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari
segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar
daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan
iaitu “Al-Amin”.
Selepas baginda mula meningkat dewasa,
baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan
Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati.
Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah
amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda
sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk
berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita
bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad
menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua.
Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami
isteri.
Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah
menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam.
Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam
kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah
Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama
diturunkan kepada Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa
gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda.
Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah
tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara
sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan
kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala.
Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian
baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman
dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga
tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan
baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula
menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
“Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan
berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang
keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para
pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak
pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun
dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang
hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan
Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari
diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar
aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga
agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”
Baginda menghadapi pelbagai tekanan,
dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk
Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan
Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan
Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku
manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan
akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin
bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh
kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu
menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia
juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung
kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda
Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka
bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan
orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap
perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa
saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh
para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala
penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda
diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara
Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah
mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari
penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi
Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang
mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan
syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara.
Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan
sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini
mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat
termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama,
ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan
dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan
kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi
agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali
ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam.
Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang
Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9
H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian
Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum
Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf.
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada
630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh
Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya
mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan
haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah
menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda
baginda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, ketahuilah
bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan
iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di
sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan
kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi
kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan
Sunnah Rasulullah.”
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun
632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai
melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya
membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang
bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh
terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar